内容简介
商品资讯
内文试阅
评价

  • 内容简介

    Mohon Maaf (6 Okt 2021)

    Kami ingin memohon maaf atas kelewatan penghantaran buku Huha! Huha! disebabkan oleh defect dalam cetakan pertama. Kami sedang berusaha untuk mencetak semula sambil mengelakkan masalah tersebut berulang.

    Maka, Preorder anda hanya akan dihantar selepas 2 minggu. Para pelanggan yang telah menerima versi cetakan pertama akan dihantar penggantian secara percuma. Kami memohon sejuta kemaafan, dan sekali lagi mengucapkan terima kasih atas sokongan anda terhadap Huha! Huha!  ❤️

     

    Pengenalan

    Melalui buku ini, kami berharap dapat mencapai 3 objektif utama, iaitu menggalakkan interaksi antara ibu bapa dan anak, merangsang keseronokan membaca, serta melatih kemahiran berfikir kanak-kanak.

    Bagi kanak-kanak, kecerdasan minda atau keupayaan berfikir adalah lebih penting berbanding dengan pengetahuan.

    Oleh itu, kami mencadangkan 3 langkah membaca bersama antara ibu bapa dan anak, iaitu membaca, tanya dan berhenti.

    Baca teks dengan kuat, mengajukan soalan dalam buku kepada anak, dan berhenti sebentar sebelum beralih ke halaman berikutnya.

    Langkah “Berhenti” ini bertujuan memberi masa untuk kanak-kanak berfikir, dan ibu bapa harus mendengar jawapan anak dengan sabar.

    Tiada jawapan yang betul atau salah bagi soalan-soalan dalam buku ini. Tidak kira apa jawapan yang diberi, jawapannya adalah terbaik.

    Walaupun jawapan yang kanak-kanak berikan mungkin tidak praktikal, tetapi kreativiti mereka harus dihargai.

    Soalan-soalan dalam buku ini telah dirancang dengan teliti demi melatih kemahiran berfikir kanak-kanak. Soalan-soalan tersebut mendorong kanak-kanak untuk berfikir dari 3 sudut, iaitu menganalisis dan menilai, menjana idea dan mencipta, dan yang terakhir menyelesaikan masalah.

    Jawapan dalam buku ini hanya sebagai rujukan, bukan jawapan muktamad.

    Beritahulah kanak-kanak bahawa setiap soalan atau masalah yang ditemui mungkin mempunyai pelbagai jawapan dan jalan penyelesaian.

    Sekiranya ibu bapa membiarkan anak menerokai jawapan hanya berdasarkan gambar, maka objektif buku ini tidak akan tercapai.

     

    Sinopsis

    Buku cerita ini mengisahkan seekor anak harimau bernama Huhu yang berani merentasi bukit dan menyeberangi sungai, demi memetik buah manggis untuk Mamanya.

    Sepanjang perjalanannya, Huhu bertemu dengan haiwan-haiwan kecil yang menghadapi kesukaran. Huhu cuba membantu, tetapi tidak berjaya.

    Pengembaraan Huhu untuk memetik buah manggis penuh dengan cabaran.

    Walau bagaimanapun, selepas menghadapi cabaran-cabaran itu, Huhu yang sebelum ini hanya pandai mengaum “Huha! Huha!”, nampaknya kini semakin matang.

     

    作者简介 / Mengenai Penulis dan Pelukis

    Khor Ewe Pin dilahirkan di Kedah, Malaysia pada tahun 1955.

    Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pelukis semasa kecil, tetapi apabila dewasa, beliau menjadi seorang penulis sastera kanak-kanak.

    Pada tahun 2020, beliau berjaya mempelajari ilustrasi digital, hasil kuarantin di rumah demi pencegahan wabak.

    Penerbitan buku ini telah memenuhi impiannya selama ini untuk menjadi seorang pelukis.

  • 商品资讯
  • 内文试阅
  • 评价
  • ×