内容简介
商品资讯
评价
内容简介

【Publish date  21/11/2022】

Published in Chinese, English and Malay 3 editions , all editions are HARD COVER

Sinopsis 

Ikan paus suka menyanyi.

Mereka menyanyi dengan frekuensi yang berbeza.
Terdapat seekor ikan paus yang mengeluarkan bunyi berfrekuensi tinggi sehingga bunyinya tidak dapat didengari oleh ikan paus yang lain.
Ia ikan paus yang paling kesepian di dunia.
Ia dikenali sebagai ikan paus 52 hertz. Itulah Alice.
"Kenapa ikan paus lain tidak mendengar nyanyianku?"
Masalah ini sangat merunsingkan Alice.
Pada suatu hari, Alice bertemu Arien dan Atuknya.
Mereka memberitahu Alice bahawa mereka boleh membantunya mencari teman.
Patutkah aku mempercayai mereka? Alice tidak pasti.
Mungkin aku patut menerima tawaran mereka. Dengan itu, suara hatiku akan lebih didengari…
Apakah yang perlu kita buat jika berlainan dengan orang lain?
Mari kita mengembara mencari jati diri bersama Alice.

 

Mengenai Penulis dan Pelukis

[Pengarang]
Goh Joy Xine
Menulis membuatkan saya rasa bahagia. Harapan saya mampu menulis semua cerita yang saya ingin sampaikan.
Karya yang diterbitkan:
Siri Dunia Hilang: Dunia Hilang yang Dilupakan (Versi asal: Kota Ajaib di Bawah Air), Pulau Terapung Bergerak, Kiamat di Bawah Tanah
Siri Arkib Tafsiran Mimpi: Melolos daripada Mimpi
Pada tahun 2015, beliau memenangi anugerah perak dalam“Anugerah Novel Remaja Odonata ke-6” dengan novel bertajuk Kota Ajaib di Bawah Air.
Pada tahun 2021, beliau memenangi hadiah pertama dalam“Anugerah Penulisan Novel Kanak-Kanak Bahasa Cina Malaysia ke-16” dengan cerpen bertajuk Menala Melodi Alice.


[Ilustrator]
Farmer
Seorang ilustrator Malaysia. Kebanyakan karyanya dipaparkan dalam akhbar dan pelbagai terbitan tempatan.
Pada tahun 2019, beliau menghasilkan buku bergambar bertajuk.Bersendirian yang diterbitkan oleh Odonata Publishing.

商品资讯
  • 作者
  • GOH JOY XINE 吴彩欣/ Ilustrator: Farmer
  • 书号
  • ISBN 978-967-2466-83-3
  • 编号
  • HBMH02
  • 重量
  • 0.5 kg
  • 尺寸
  • 27cm X 25cm
  • 库存
  • 96
请选择商品选项。
评价
×