Pemenang Hadiah Utama Lee Chee Peng Picture Book Award 2023
Bermain dan berseronok ialah saat-saat manis bukan sahaja bagi kanak-kanak, bahkan juga dalam kenangan waktu kecil orang dewasa. Tidak kira masa dan di mana jua kita berada, tidak kira masih kecil ataupun sudah dewasa, zaman kanak-kanak yang paling menyeronokkan itu sentiasa tersemai dalam sanubari kita. Dalam kenangan masa kecil nenekku yang paling dirindukannya, kebun sayur dijadikan taman riadah, ladang getah pula dijadikan tempat mereka bermain lastik. Alam semula jadi bagaikan pembekal bahan mainan yang begitu hebat, aktiviti bermain akan menjadi penuh kreativiti dengan menambahkan sedikit daya imaginasi sahaja. Marilah membaca buku ini, sama-sama kita bersuka ria di taman riadah nenekku!
“Karya yang cemerlang dan menerujakan! Melalui buku bergambar ini, penulis melakarkan kenangan zaman kanak-kanak generasi dahulu dengan mempersembahkan unsur-unsur tempatan yang penuh nostalgia. Kesederhanaan bahasa dan gaya ilustrasinya selari dengan suasana kehidupan masyarakat desa pada era 70-an dan 80-an. Berasaskan daya pemerhatian yang terperinci, kemahiran yang kukuh dalam mengilustrasi, serta penumpuan terhadap tujuan asal pemilihan tema, beliau berjaya menghasilkan sebuah buku bergambar original yang terbaik, disempurnakan dengan penerapan ciri-ciri dan sentimen tempatan.”
—Sooi Sooh Chui, Orang media berpengalaman merangkap Penggalak buku bergambar
“Penggunaan bahasa yang mahir, ciri-ciri tempatan yang tebal, kenangan zaman yang mendalam dan reka bentuk struktur yang sofistikated. Kelebihan-kelebihan tersebut telah mengangkat karya ini ke puncak tertinggi dalam bidang buku bergambar original di Malaysia. Karya yang sesuai untuk pembaca dewasa dan kanak-kanak ini, mengusik perasaan orang dewasa, juga menarik dan mesra kanak-kanak. Buku bergambar ini boleh dihayati bersama oleh para ibu bapa dan anak, dengan itu hubungan erat kekeluargaan dapat dijalin, malahan nadi kehidupan berbudaya boleh diwarisi generasi pada masa kini dan akan datang.”
—Kuek Ser Kuang Hong, Penggalak amalan membaca merangkap Guru berpengalaman
【Penulis】
Lynhue Wong
Beliau dilahirkan di Johor Bahru. Setelah tamat pengajian dari jurusan reka bentuk grafik, beliau bekerja di Singapura selama 10 tahun. Beliau menjadi seorang suri rumah setelah bergelar ibu. Disebabkan oleh pengalaman membaca buku-buku bergambar kepada anak-anaknya, beliau dapat menghayati kebaikan dan keindahan buku bergambar. Kini kedua-dua anaknya belajar di sekolah rendah, beliau mencipta karya sementara bekerja sebagai pengajar sambilan di sebuah kolej. Beliau berharap agar kandungan buku-buku bergambar yang menonjolkan kasih sayang dan nilai-nilai murni boleh ditanamkan di dalam sanubari setiap kanak-kanak.
- 书号
- ISBN 978-967-2466-97-0
- 编号
- HBMH03
- 重量
- 0.5 kg
- 尺寸
- (W)19.8cm X (H)28cm
- 页数
- 页
- 出版日期
- 14-06-2023
- 库存
- 不必担心