Search 搜索
内容简介
系列
商品资讯
评价
内容简介

【内容简介】

Keluarga saya mempunyai ahli dari dua negara.

Ayah dan Ibu orang Negara Cepat-Cepat. Mereka melakukan segala perkara dengan pantas. “Cepat sikit! Cepat sikit!” Setiap hari, mereka mengulangi ayat ini beribu-ribu kali kepada adik dan saya.

Saya dan adik pula orang Negara Perlahan-lahan. Kami melakukan segala perkara dengan perlahan. Bagi kami, masa juga berlalu dengan amat perlahan.

Ayah dan Ibu berharap kami mempercepat langkah, tetapi kami pula ingin mereka memperlahankan rentak.

Ayah, Ibu, mari kita tukar peranan hari ini! Ayah dan Ibu menjadi orang Negara Perlahan-lahan, manakala saya dan adik menjadi orang Negara Cepat-Cepat. Boleh tak?


【作者简介】

Ma Sha(China)

Pada siang hari, saya jurutera – mengumpul data dan membina model. Pada larut malam, saya penulis dongeng – mengumpul khayalan dan menyusun kata-kata. Saya amat berbesar hati kerana dongeng-dongeng saya dapat mewakili diri saya untuk bertemu dengan kalian. Watak-watak dalam kisah saya akan kekal abadi, jika kalian simpan dalam sanubari.

Karya-karya Ma Sha pernah memenangi Anugerah Kesusasteraan Kanak-kanak Xie Pu, Anugerah Sokongan Eastern Youth, Anugerah Kesusasteraan Kanak-kanak Chen Bochui dan lain-lain.

 

【画家简介】

Tan Wei Shan(Malaysia)

Saya ilustrator dari Malaysia yang gemar merakam perasaan dan detik-detik harian dengan gaya seni yang lucu, comel dan penuh imaginasi. Melalui gabungan unsur humor dan kreativiti dalam ilustrasi, saya berharap dapat memberi dorongan kepada kalian untuk melihat saat-saat biasa dalam hidup dengan perspektif dan idea yang baharu.

IG: weeeeeshan

 

系列
商品资讯
  • 作者
  • MASHA
  • 书号
  • ISBN 978-629-474-069-3
  • 编号
  • HBGS05M
  • 重量
  • 0.3 kg
  • 尺寸
  • 21 (W) × 21 (H)
  • 页数
  • 32
  • 出版日期
  • 20-06-2025
  • 库存
  • 不必担心
请选择商品选项。
评价
×